Sabtu, 9 Mei 2009


Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung blog ini, semoga ia memberi manfaat kepada semua. Insyallah.....

PENDAHULUAN



Pendidikan Agama Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Agama Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.